Saturday, April 28, 2012

Menang Produk Kuruskan Badan

Aritu menang stepper. Kali ni menang Kinohimitsu J'pan KilosCut worth RM139.90 from Intrend magazine.


Macam saja la kan nak suruh aku kurus. Ni kalo tak kurus-kurus jugak tak tau lah nak kata apa!

Tapi macam org kata lah...bila benda ada depan mata memang tak gunanya. My stepper tu ada la skali jer aku test aritu. Lepas tu tersadai je kat tepi dinding. Mmmm...ntah bila la nak ber'exercise' secara konsisten ni.

Frankly speaking memang tak sempat nak ada time utk diri sendiri sejak beranak 2 ni. Tambah ngan dah keje ni. Semuanya jadik kelam kabut. Nuha pulak weekdays time tido dia 12 tgh mlm or 1 pagi! Mmg tak dan nak buat benda lain. Nak tulis blog pun tak sempat lagi pulak la nak komen-komen blog org.

Kalo kebetulan dia tido awal mlm aku pun kena tido sekali. Bukan senang dia nak tido awal. Asik lambat je. Kat ofis harus la mengantuk & no energy!

Baru anak 2. Kalo anak 4, 5 org tak tau lah. Memang salute lah ngan org ada anak ramai. Macam mana agaknya diorang manage time diorang ek?

Wednesday, April 25, 2012

Wednesday, April 18, 2012

Tuesday, April 17, 2012

Fun-Time!



Last week bawak Kiki ke Kizsports & Gym Empire. Kesian plak tgk Kiki sejak ada adik ni mcm tak cukup kasih sayang je kan...Dia pun mesti rasa diri diabaikan jer, huhuhu...Lagi plak dia pun last week duk demam, batuk selsema & asik berkurung dalam rumah jer...So, nak happykan dia kitorang bawak la datang sini. Ni first time datang.

Dah namanya pun first time kan...tak tau apa-apa pasal tempat ni. So, main pegi je lah. Tak tau la plak kena pakai stoking masuk tmpt ni. Makanya...terpaksa la kena beli 3 pasang stoking yg tiap satunya harga RM5.90. Total kena bayar RM55.40! Tak pasal-pasal kena beli stoking...padahal stoking kat umah berlambak! Sakit ati la jugak rasa. Tapi sebab dah sampai kan...tak kan nak balik. Kesian plak kat Kiki. Bayar jugak la.


Tempat nak mainnya takde la besar sgt. Tapi penat jugak la nak layan Kiki main! Semput dibuatnya! Kalo boleh semua dia nak panjat.


See...cengkung dah muka anak aku! Aritu baru jer berat naik 12kg dah demam ni mau la turun balik to 10kg!


Dalam pada tak berapa nak sihat tu ke main jugak dia main ke hulu ke hilir. Kitorang plak yg naik letih kejar dia!

 
 

Memang puas tgk dia seronok  main. Dekat 2 jam la jugak kitorang kat dalam tu. Kalo ikutkan hati...nak jugak aku panjat tempat tu! Mesti best kan? Almaklum la...zaman aku kecik-kecik dulu takde mainan mcm ni.

Lepas ni tak tau la bila plak nak pegi lagi. Tak boleh pegi selalu. Mahal! Lepas ni bawak Kiki pegi Tasik Shah Alam la plak. Tak payah bayar, hihihihi...

Friday, April 13, 2012

Tak sihat!

Mmmm...dah few days dah Kiki demam, batuk, selsema! Mcm mana la nak baik cepat kan bila ubat tak mau makan. Payah benar nak bagi makan ubat! Kadang tu dekat nak berjam jugak la ayah dia pujuk suruh makan ubat. Tak jln!

Ubat batuk, selsema dia ok jer makan tapi ubat demam mmg dia tak mau langsung! Kalo masuk jer mulut dia ubat demam tu confirm muntah balik!

Disebabkan dia tak nak makan ubat demam tu, so as an alternative, aku pi beli ubat ni kat 7-11.


Tapi disebabkan dia dah mcm ala2 fobia makan ubat demam...jenuh jugak la nak pujuk dia makan ubat ni. Kadang tu bila nak bagi dia makan ubat, dan dan dia tido! Huk aloh!

Dah la aku next Monday dah nak start keje. Takut karang berjangkit plak kat Nuha. Si abang ni plak suka sgt cium adik dia.

Anak korang senang ke nak bagi makan ubat?

Thursday, April 12, 2012

Sharing is Caring :)

Last weekend kitorang ke Giant Kelana Jaya nak pi carik buai untuk Nuha. Unfortunately, tinggal last piece jer. Malas nak beli as the box pun dah koyak rabak. Takut item tak complete. Mahal rupanya buaian ni ye. RM149! *selama ni aku igtkan RM60, RM70 jer!


Kebetulan plak Cik Ngah Kiki kasik pinjam Iman punya Graco Pack & Play ni...mmg kena sgt la! Dapat la aku dodoikan Nuha dlm ni. *umah pun semakin sempat dgn adanya benda ni.

Photo taken by Abang Kiki

Benda alah ni pun boleh digoyang-goyangkan jugak.


Makanya...Nuha mmg lena lah tido dlm ni. So, for the time being...hajat nak beli buai hold la dulu. Nnti dia dah bosan duduk dlm ni baru beli buai.

Thank you Cik Ngah...bagi Nuha pinjam ;).

*romper Nuha pakai pun Iman punya! Kahkahkah...

Wednesday, April 11, 2012

Tuesday, April 10, 2012

Bila dah kena baru duk diam!

Hari Ahad masa aku tgh iron baju, tetiba Kiki datang & dengan sepantas kilatnya dia pegang iron yg tengah panas tu!

Apalagi...terus meraung la kan...


Memang tak perasan langsung dia hulurkan tangan kat iron tu. Dah kena sakit baru la tau nak tido!


Nasib baik lepas kena iron tu terus sapu minyak TYT. So, takde la kesan menggelembong.

Petua my mom pulak, amik kapur campur ngan air & sapukan kat tempat yg terkena tu. InsyaAllah, berkesan juga.

Rumah aku tak ada kapur so pakai minyak TYT saja.

Monday, April 9, 2012

Anak-anak zaman sekarang

Zaman yang paling menyeronokkan adalah semasa menjadi kanak-kanak. Time tu tak ada apa yg perlu difikirkan. Cuma tau main, main & main. Argghhhh...seronoknya time tu!

Dulu masa zaman kanak-kanak aku, permainan kitorang adalah galah panjang, batu seremban, congkak, main sorok-sorok, teng teng, main tutup botol, main layang-layang, main basikal. Permainan ni bermusim. Kalo time main batu seremban, baik lelaki mau pun perempuan semuanya main batu seremban sama. Kalo time musim main layang-layang tu, baik perempuan atau lelaki, masing-masing ada layang-layang sendiri sama ada beli atau buat sendiri ;).

Budak dulu-dulu memang lasak. Kitorang bebas nak pegi main kat mana pun. Petang-petang, pegi taman permainan. Mak bapak tak payah teman pun. Pegi sendiri bawak adik-adik. Tapi time dulu selamat. Time sekarang, parents pun tak berani nak lepaskan anak-anak pi playground sendiri. Takut kena culik!

Zaman berubah. Keadaan berubah. Persekitaran berubah. So, mainan anak-anak zaman sekarang pun berubah. Anak-anak zaman skrg lebih kepada gadget.
 

Kecik-kecik dah tau main komputer, Ipad. Masa kat Penang aritu, budak2 ni selain berebut kereta mainan, diorang jugak duk berebut Ipad Duci! Being the youngest hero (minus Iman), of course la Kiki hanya jadik tukang tgk jer org main Ipad. Kahkahkahkah...


Takpe la Kiki...tgk jer la dulu diorang main ye...If ibu ada duit lebih ibu beli Ipad untuk Kiki main game ye...*mcm sedih jer bunyinya...Kahkahkahkah...

Nasib baik jugak la Kiki ni jenis mendengar kata. If dia nak something, & kitorang ckp nanti ada duit baru beli dia dengar. Dia bukan jenis yg meraung-raung bila nak kan something. And bila dia nampak mainan yg mahal, if kitorang kata beli yang lain yg lebih murah, dia agree jer. Alhamdulillah.

Apa-apa pun, seronok tgk diorang ni dapat main sama-sama. Dapat share barang mainan sama-sama. Hope it will last forever!

Mainan anak-anak zaman sekarang sgt mahal! Makanya, kitorang selalu beli mainan Kiki kat Tesco jer! Tak penahnya la belikan dia mainan kat Toy's R Us. Tak mampu. Ada la skali ayah dia belikan mainan kat Mothercare. 3 biji kereta RM69. Tak puas ati beto! Mahal giler! Baik bawak pegi makan sedap-sedap ;).

Saturday, April 7, 2012

Penang Bird Park


This is the only place we visited during our stay in Penang. And this is the 2nd bird park we have visited so far. The 1st one was KL Bird Park ;).

Cousins - Kiki, Duci & Adam

Pegi bird park ni pun sebab nak bawak budak-budak ni tgk burung. Kasik ada aktiviti skit la dari duk bergaduh jer kat umah berebut toys & gadget kan...

Nak masuk bird park ni kena bayar RM15 for adult. Kids FOC. If bawak camera kena bayar RM1. Videocam aku lupa plak berapa harganya.


Si kecik Nuha ni org dok sibuk tgk bird show, dia tido tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Nyenyak betol!


Masa kitorang masuk tu, bird show baru nak start. So, join sekaki la tgk burung2 tu buat show. Interesting! Yang agak menakutkan bila show burung terbang. Memang rendah betul dia terbang. Siap kitorang kena tundukkan kepala!


Lepas abes tgk show, kitorang tawaf taman burung la pulak. Nasib baik la bird park ni tak sebesar KL bird park. Kalo tak jenuh jalan sambil dukung Nuha! Bisa kurang 2 kg! Walaupun tak berapa besar tetap la penat tambah pulak cuaca panas!


Sambil jalan tgk2 burung sambil snap photo. Kiki ntah mana ilang ikut Wa dia.


Time ni sebenarnya masing2 takut nak jalan sebab takut kena patuk. Panjang sgt lehernya pun! Hahahaha...


Antara binatang yang ada. Walaupun namanya bird park, tapi bukan burung jer ada. Binatang lain pun ada jugak.


Kiki conquer Wa. Takde chan la org lain nak manja2 ngan Wa. Kahkahkahkah...Pantang Wanya ilang memekik panggil! Riuh-rendah rombongan Hjh Zainab ni.


Penat exercise jln kaki kat sini. Yang tak tahannya, semerbak bau tahi burung! Tahankan aje lah.


Keluar dari tmpt ni masing2 kehausan! Panas. Singgah kedai beli air aiskrim bagai basahkan tekak sebelum balik.


Dan tak lupa jugak amek gambar beramai-ramai ;). Bukan senang nak kumpulkan semua family. Ni pun ada jugak terkurang satu!


Wa melayan kerenah cucu-cucu. Lepas ni terus balik umah.Rehat. Masing2 kepenatan!

Satu kekurangan bird park ni, parking limited!

Friday, April 6, 2012

Ke Penang Lagi!

Last Friday,kitorang ke Penang lagi! Nampaknya, sejak tuan rumah dah berpindah ke rumah baru makin kerap kitorang ke sana. Dah rasa mcm dekat jer Penang - KL. Kahkahkah...Jgn marah yea tuan rumah ;).

Kitorang bertolak dlm pukul 10 pagi. Stop kejap kat R&R Tapah salin pampers Nuha & isi minyak & terus ke Penang.

Sampai Juru dlm kul 2.30pm...singgah lunch kat kedai ni.


Tak tau la apa nama kedai ni. Tapi kedai ni mmg famous dgn ikan bawal goreng. Kedai buruk jer tapi org yg datang makan tak putus-putus!


Kitorang amek nasi 4, ikan bawal goreng 2 ekor = RM16.80. Kalo tau murah mcm ni, harus dah amek ikan bawal sorang sekor! Air teh O ais limau 2, sirap 2 = RM3.50. Murah kan? Nak gelak pun ada harga air cuma RM3.50. Kalo kat KL tak mendapat la harga mcm tu. 

Syoknya duk Penang...makan murah! If la aku duk sana mmg tak masak la. Makan luar jer! :).

Abes makan terus la menuju ke rumah Udin.


Kiki sampai jer terus main basikal ngan Adam. Almaklumla...kat umah takde basikal kan. Tapi tak reti bawak pun. Dia main tolak mcm gitu jer.


Actually kitorang ke Penang sebab bawak my mom. Sejak tuan umah pindah umah baru, dia belum sampai lagi. Nak ler tgk umah anak dia yg vass tu kan...:). So, memandangkan aku pun cuti lagi, so jom la kite ke Penang ramai-ramai. Semua adik-beradik berkumpul kat Penang except yg kat kampung tu jer tak datang.


Nasib baik la Nuha tak meragam walau pun jalan jauh. Senang la nak bawak dia gi jalan-jalan. *nanti bulan 5 kita jln lagi yea Nuha ;).


Hari Sabtu, tuan umah jamu kitorang ngan nasi kerabu. Mmg bestlah. Semua org pun feveret nasi kerabu kan...Makan bertambah la! Siap dapat bawak balik bekalan lagi ;). Tq. *Teh, nnti mama gi beli bahan nasi kerabu ni, nak jugak yea...:).

Seronok bila semua family berkumpul. Makan ramai-ramai. Gossip sama-sama. Yang anak2 pulak sibuk main & gaduh. Meriah umah! Dlm pada tu aku duk bayangkan if semua yg ada kumpul at my house...mau nak celah kaki pun susah. Sempit! Hahahaha....

Lepas breakfast kitorang ke Bird Park.

Thursday, April 5, 2012

Naik public transport

Aritu balik kg my mom bawak Kiki naik bas! Wah...skitnya happy dia. Tapi masa bas sampai bertempiaran dia lari! Takut agaknya bunyi bas kuat. Berkejaran la my mom amek dia angkut bawak naik bas. Bila bas gerak...dengan suara yg nyaring tu dia ckp "Oi...bestnya naik bas Wa!" Hahahaha....Sampai driver bas pun tegur tanya tak penah naik bas ke? Wakakakaka...Jakun anak aku dpt naik bas!

Then aritu, kitorang bawak Kiki naik komuter plak. Sambil bawak my mom jalan2 kat Masjid India. Kitorg parking kereta dekat Carefour Subang. Punya la full parking sampai ter"miss" komuter!


Bila dah miss 1 train tu, dekat nak sejam jugak la tunggu next train. Tu yg aku benci naik public transport!


Tapi Kiki seronok la tunggu train lama2 sebab dia dpt tgk train at the other side sampai. Becok la mulut dok ckp "ibu, komuter!". Bila train gerak jer...sibuk duk lambai-lambai sambil ckp "bye bye komuter...see you"...Hahahaha....


Worth it jugak la tunggu train lama...dapat naik komuter baru. Still bau baru lagi! Hahahaha...Bila komuter gerak jer, Kiki ckp "ibu...bestnya naik komuter". Sampai mamat yg duduk sblh my mom duk pandang2...Mesti ckp jakunnya budak ni! Hahahaha...


Kitorang naik sampai KL Sentral...lepas tu amek LRT. Bagi Kiki rasa naik LRT plak. Stop dekat Masjid Jamek. Then jln2 area Jln TAR. Puas la round carik tudung & kain. Last2 masuk Euro Moda & shopping kat situ. Setel shopping, kitorang singgah Restoran Insaf lunch.


Perghhh...lama seh tak makan kat sini! Last makan rasanya 4, 5 tahun lepas! Puas hati dah dpt makan kat sini ;). My mom ckp rasa nasi ni sama mcm yg dia makan kat Mekah ;).

Abes makan kitorang menapak ke komuter Bandaraya. Mak aii...skit punya jauh weh jln kaki nak menyampai ke Bandaraya tuh. Dah la turun naik tangga. Penat seh! *kata nak naik public transport sgt kan...

Dari Bandaraya kitorang stop kat stesen Subang Jaya. Amek kereta singgah SS18 amek Nuha & terus balik umah.

Penat tapi puas ati dpt bwk Kiki naik komuter/LRT.