Monday, April 9, 2012

Anak-anak zaman sekarang

Zaman yang paling menyeronokkan adalah semasa menjadi kanak-kanak. Time tu tak ada apa yg perlu difikirkan. Cuma tau main, main & main. Argghhhh...seronoknya time tu!

Dulu masa zaman kanak-kanak aku, permainan kitorang adalah galah panjang, batu seremban, congkak, main sorok-sorok, teng teng, main tutup botol, main layang-layang, main basikal. Permainan ni bermusim. Kalo time main batu seremban, baik lelaki mau pun perempuan semuanya main batu seremban sama. Kalo time musim main layang-layang tu, baik perempuan atau lelaki, masing-masing ada layang-layang sendiri sama ada beli atau buat sendiri ;).

Budak dulu-dulu memang lasak. Kitorang bebas nak pegi main kat mana pun. Petang-petang, pegi taman permainan. Mak bapak tak payah teman pun. Pegi sendiri bawak adik-adik. Tapi time dulu selamat. Time sekarang, parents pun tak berani nak lepaskan anak-anak pi playground sendiri. Takut kena culik!

Zaman berubah. Keadaan berubah. Persekitaran berubah. So, mainan anak-anak zaman sekarang pun berubah. Anak-anak zaman skrg lebih kepada gadget.
 

Kecik-kecik dah tau main komputer, Ipad. Masa kat Penang aritu, budak2 ni selain berebut kereta mainan, diorang jugak duk berebut Ipad Duci! Being the youngest hero (minus Iman), of course la Kiki hanya jadik tukang tgk jer org main Ipad. Kahkahkahkah...


Takpe la Kiki...tgk jer la dulu diorang main ye...If ibu ada duit lebih ibu beli Ipad untuk Kiki main game ye...*mcm sedih jer bunyinya...Kahkahkahkah...

Nasib baik jugak la Kiki ni jenis mendengar kata. If dia nak something, & kitorang ckp nanti ada duit baru beli dia dengar. Dia bukan jenis yg meraung-raung bila nak kan something. And bila dia nampak mainan yg mahal, if kitorang kata beli yang lain yg lebih murah, dia agree jer. Alhamdulillah.

Apa-apa pun, seronok tgk diorang ni dapat main sama-sama. Dapat share barang mainan sama-sama. Hope it will last forever!

Mainan anak-anak zaman sekarang sgt mahal! Makanya, kitorang selalu beli mainan Kiki kat Tesco jer! Tak penahnya la belikan dia mainan kat Toy's R Us. Tak mampu. Ada la skali ayah dia belikan mainan kat Mothercare. 3 biji kereta RM69. Tak puas ati beto! Mahal giler! Baik bawak pegi makan sedap-sedap ;).

6 comments:

  1. bila masa la ambik gmbr ni.tuan umah pun tak perasan ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tuan umah sibuk kat dapur :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. I have to agree with all the rest. Pakaian kanak-kanak sekarang lawa-lawa belaka (kalau dulu, jenama paling popular is Kiki Lala) and mahal pula tu. Permainan yang diperbuat daripada plastik pon boleh dijual mahal. Doesn't make sense at all...

    Kalau boleh, elakkan anak-anak bermain iPad or any kind of gadgets.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baju kanak-kanak mmg cntk sampai tak boleh tahan nak membeli! especially for girl!

      Delete
    2. Kan, Kak?! Geram. Macam nak beli semua even though saya masih anak dara lagi.

      Delete