Saturday, May 26, 2012

3 years old!


26 May 2012 - genap umur Kiki 3 tahun.

HAPPY BIRTHDAY KIKI!

"Ibu & ayah sentiasa mendoakan semoga Kiki menjadi anak yang soleh, bijak & pandai. Juga bahagia dunia & akhirat" Amin...

Love u so much:
Ayah & Ibu

Saturday, May 19, 2012

Mari Menjamu Selera

On Mother's Day kitorang pegi makan dekat Mohd Chan Abdullah (lagi!). Tapi this time kitorang pegi yg dekat Kelana Jaya punya.

List makanan yg di order:


Jus Kedondong Asam Boi sgt lah sedap oi! Kalo datang sini mmg takde lain la aku order ;).


Sotong goreng rangup. Sepinggan RM18.


Ketam masak sos special. Sepinggan RM38. Oi...aku mengidam nak makan ketam ni dari masa pregnantkan Nuha! Skrg baru dapat!! *tu pasal Nuha asik meleleh jer ayaq liuq!

Ketam ni mmg sedap betul la. Tak sia-sia beli walaupun mahal, hehehehe...Puas hati makan. Walaupun aku rasa mahal tapi no komplen sbb sedap. Nnti gaji boleh la pegi makan ketam lagi. *takleh makan selalu. Bankrap!

Korang buat apa on Mother's Day?

Ada setengah ulama kata haram celebrate Mother's Day. Ada pulak yg kata ok as long as celebration tu tak melibatkan benda-benda yg haram. Terpulang pada masing-masing kan...Rasanya takat celebrate pegi makan tu salah ...

Tuesday, May 15, 2012

Baru nak cucuk 3 bulan

Sepatutnya appointment kat PPUM untuk cucuk 3 bulan Nuha 20 April tapi sebab sibuk 17 April baru start keje, terus la lupa!

Kebetulan last week cuti panjang balik kampung ajak la my mom pegi Klinik Desa kat situ. Syoknya la hai Klinik Desa kat situ. Takde orang! *Kan best kalo kat KL pun mcm ni!


Sebab dah tau kalo pegi cucuk mesti nak timbang berat suma kan...so bagi Nuha pakai dress biar jangok skit. Hehehehe...Lagipun senang skit nak bukak baju. Kalo pakaikan romper leceh!

Masa kat klinik tu aku bagi la kat misi kad Nuha ni...


Misi belek-belek kad dia depan belakang 2 3 kali. "Bersalin kat mana ni?" Walaupun kat kad tu dah tuliskan, tetaplah nak tanya. "Nak cucuk 3 bln ke?" "Kenapa kad dia mcm ni? Ni yang susah kalo bersalin kat private. Nanti bila dia nak sekolah ada masalah ni. Dekat kad ni takde pun carta perkembangan anak. Berapa berat dia, berapa tinggi dia, bla...bla...bla..."

Aduhai...kena ceramah la plak. Mana la aku tau. Dah PPUM bagi kad mcm tu aku amek jer la kan...

"Nah, saya bagi buku ni. Nanti ada masa baca lah..."


So dapatla Nuha buku baru.

Lepas dah ceramah, misi timbang Nuha. Berat sudah 5.56kg. Lepas tu cucuk. Nasib baik la Nuha tak demam.

Lambat la pulak nak dapat medical card Nuha ni. Dah dpt nnti pegi cucuk kat private la senang. Takde byk soal.

Thursday, May 10, 2012

My Breastfeeding Journey

Alhamdulillah sampai saat ini, aku masih lagi breastfeeding Nuha. Walaupun...


Susu yg ada bila time pumping tu sgt sadis hasilnya! Selalunya byk itu je la yg dapat. Itu pun dah sejam dok pump. Memang rasa sgt berputus asa la selalu. Tapi kuatkan jugak semangat nak breastfeed Nuha. *Kalo tak dah lama stop!

Bila pegi pump susu kat Mother's Room ngan member office ramai yg suggest suruh amek Shaklee. Kebetulan plak kat fb ada yg jual Shaklee. So, aku try beli Shaklee trial pack ni.


Harga RM80. Selepas a few days makan ubat-ubat ni. Inilah hasilnya...

*
*
*


Paling byk dalam sejarah pump susu nih! Sebelum amek Shaklee mmg tak dpt la byk mcm ni walaupun mcm2 makanan/minuman utk milk booster aku try. Suma pun tak jalan!

Tapi...tak selalu jugak dapat hasil mcm ni. Itu sebabnya sampai skrg pun Nuha minum susu campur-campur. Tapi kalo time weekend tu mmg aku lebih byk breastfeeding dia dari bagi susu formula.

Hopefully dapat la breastfeeding Nuha sampai dia 2 tahun walaupun tak sepenuhnya. Insyaallah.

Tuesday, May 8, 2012

The Bikers Planet Cafe

Last Friday kitorang makan kat Bikers Planet Cafe. Locationnya dekat SS15/4C. Dekat sebelah Pelita. Selalu makan kat Pelita tu tak penah perasan plak aku restoran ni.


Suasana dlm kedai. Masa kitorang sampai dah pukul 3 pm. Suasana kedai mmg lengang. Mmmm...Agaknya after lunch hour mmg takde org la kot. Kang kalo ada jugak yg bertenggek kat sini harus la nanti kate curik tulang kan...


Dah namanya pun Bikers kan...antara koleksi helmet yg ada sebagai perhiasan kat kedai tu. Tak tau la kot dia jual ke helmet ni. Tak tanya plak.


Gambar kat kedai ni dipenuhi dgn gambar2 motor besar.


Makanan yang di order, appetiser: garlic bread, mushroom soup, french fries & sausages. Air ice-blended. Ice-blended dia sedap!


Main course aku amek spagetti aglio olio. Rasanya...mmm, tasteless skit. Lagi sedap my sister buat. Aww!


En Suami makan steak with black pepper. Daging tu sedap la dia masak. Tapi memandangkan aku tak suka makan daging so no komen sgt. Tapi En Suami kata sedap.

Semua ni harganya RM30 instead of RM50++. Dapat diskaun sebab aku beli voucher dekat I Love Discount.

Disebabkan I Love Discount, aku beli lagi 1 kupon. Kupon makan jugak :). Dekat mana & makan apa nanti dah pegi baru aku blogkan kat sini ye...

Korang penah beli apa-apa ke dekat I Love Discount?

Sunday, May 6, 2012

Ke Pesta Buku

Kebetulan last Friday company aku cuti sebab Saturday PH kan. So, aku pegi la PWTC. Pepagi bangun bersiap & antar Nuha & Kiki umah Opah, terus la aku ke PWTC.

Parking dekat PWTC penuh ok walaupun hari bekerja. So, kitorang parking dekat Hentian Putra. Flat rate RM3.

Nasib baik pegi time org keje so org takde la ramai mana kat pesta buku ni. Memang menarik la tgk buku-buku semua especially novel. Tapi bila pikirkan keadaan diri & masa yg kalo beli ntah bila tahun nak baca so menahan diri dari membeli novel. Huhuhuhu....

Dekat pesta buku aku beli...


Beli board ABC & Alif Ba Ta utk Kiki. Board ni boleh tulis sekali. 2 keping tu RM15. Lepas tu beli buku doa utk dia. Dlm tu ada CD doa skali. Nnti dah besar skit boleh la ajar.

For myself...


Aku beli buku-buku kat atas tu. Semua skali RM43++. Itu pun after discount. Beli buku banyak takpe, boleh tolak income tax ;). *ni pun tak tau la bila boleh abes baca.

Harap2nya by this year boleh la abeskan buku ni. Dan semoga aku mendapat manfaat dari buku-buku ni. Insyaallah.

Thursday, May 3, 2012

Movie Time!

Wah...setelah sekian lama tak tgk movie kan...last month 2 minggu berturut-turut kitorang pegi tgk movie! *balas dendam nampak...

First movie yg kitorang tgk cite ni.


Battleship. Pegi tgk dekat MBO Subang Parade. Mana lagikan...itu je la tempat yg paling dekat ngan umak mak mentua. Ala-ala sekangkang king kong jer dari umah :). Pegi tgk show pukul 10.30 mlm.

Cite ni mmg best la. Tapikan...walaupun best, sempat lagi aku tertido dlm cinema. Sedar2 dah separuh cerita! *Oh, maafkan la ibu beranak 2 yg tak cukup tido ni...

Abes movie dah pukul 12 tgh malam. Terus la bermalam umah mak mentua.

Lagi 1 movie yg kitorang tgk cite ni.


Avengers. Favorite En Suami. Dia la yg mengajak tgk. Cite Battleship pun dia yg ajak. Kalo tak mmg tak tgk movie la aku.

Cite ni kitorang tgk show pukul 8 mlm. Lepas Maghrib terus gerak. Kebetulan plak jalan jam aritu. Sampai lambat la. Yg bestnya...sebab lambat terus kelam kabut sampai tersalah masuk hall!! *sila salahkan saya sebab salah tgk tix ;). Dah la time tu cite dah start...semua org tgk kitorang salah masuk hall! Haihhh...

Abes movie kul 10 mlm. Cite ni aku tak tido ;). Tapi mmg bestlah cite ni. Rugi kalo tak tgk! Heheheeh...

Lepas ni entah bila la pulak kitorang akan pegi tgk movie lagi, mmmm...