Kitorang bertolak dlm pukul 10 pagi. Stop kejap kat R&R Tapah salin pampers Nuha & isi minyak & terus ke Penang.
Sampai Juru dlm kul 2.30pm...singgah lunch kat kedai ni.
Tak tau la apa nama kedai ni. Tapi kedai ni mmg famous dgn ikan bawal goreng. Kedai buruk jer tapi org yg datang makan tak putus-putus!
Kitorang amek nasi 4, ikan bawal goreng 2 ekor = RM16.80. Kalo tau murah mcm ni, harus dah amek ikan bawal sorang sekor! Air teh O ais limau 2, sirap 2 = RM3.50. Murah kan? Nak gelak pun ada harga air cuma RM3.50. Kalo kat KL tak mendapat la harga mcm tu.
Syoknya duk Penang...makan murah! If la aku duk sana mmg tak masak la. Makan luar jer! :).
Abes makan terus la menuju ke rumah Udin.
Kiki sampai jer terus main basikal ngan Adam. Almaklumla...kat umah takde basikal kan. Tapi tak reti bawak pun. Dia main tolak mcm gitu jer.
Actually kitorang ke Penang sebab bawak my mom. Sejak tuan umah pindah umah baru, dia belum sampai lagi. Nak ler tgk umah anak dia yg vass tu kan...:). So, memandangkan aku pun cuti lagi, so jom la kite ke Penang ramai-ramai. Semua adik-beradik berkumpul kat Penang except yg kat kampung tu jer tak datang.
Nasib baik la Nuha tak meragam walau pun jalan jauh. Senang la nak bawak dia gi jalan-jalan. *nanti bulan 5 kita jln lagi yea Nuha ;).
Seronok bila semua family berkumpul. Makan ramai-ramai. Gossip sama-sama. Yang anak2 pulak sibuk main & gaduh. Meriah umah! Dlm pada tu aku duk bayangkan if semua yg ada kumpul at my house...mau nak celah kaki pun susah. Sempit! Hahahaha....
Lepas breakfast kitorang ke Bird Park.
wakakaka...lawa gmbr.guno bb ko kamera digital? sharp molek. biso tu buleh ambik gmbr zaraa tok gerok.
ReplyDeleteTeh the 1st 2 picture pakai bb. the rest pakai digital camera ;). Cuba bayangkan kalo pakai DSLR, lagi la sharp gambar! Kahkahkahkah...
DeleteMantap lah nasi kerabu pn diva,semantap rumah yg vass gtu.nk g penang jugok!!!
ReplyDeleteNadia - ho...mmg mantap nasi kerabu dia! Bertambah la kitorang 2 pinggan! Kalo nak ke Penang...sila la calling2 Pn Diva. Sure kedatangan anda dialu-alukan ;).
Delete