Saturday, April 7, 2012

Penang Bird Park


This is the only place we visited during our stay in Penang. And this is the 2nd bird park we have visited so far. The 1st one was KL Bird Park ;).

Cousins - Kiki, Duci & Adam

Pegi bird park ni pun sebab nak bawak budak-budak ni tgk burung. Kasik ada aktiviti skit la dari duk bergaduh jer kat umah berebut toys & gadget kan...

Nak masuk bird park ni kena bayar RM15 for adult. Kids FOC. If bawak camera kena bayar RM1. Videocam aku lupa plak berapa harganya.


Si kecik Nuha ni org dok sibuk tgk bird show, dia tido tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Nyenyak betol!


Masa kitorang masuk tu, bird show baru nak start. So, join sekaki la tgk burung2 tu buat show. Interesting! Yang agak menakutkan bila show burung terbang. Memang rendah betul dia terbang. Siap kitorang kena tundukkan kepala!


Lepas abes tgk show, kitorang tawaf taman burung la pulak. Nasib baik la bird park ni tak sebesar KL bird park. Kalo tak jenuh jalan sambil dukung Nuha! Bisa kurang 2 kg! Walaupun tak berapa besar tetap la penat tambah pulak cuaca panas!


Sambil jalan tgk2 burung sambil snap photo. Kiki ntah mana ilang ikut Wa dia.


Time ni sebenarnya masing2 takut nak jalan sebab takut kena patuk. Panjang sgt lehernya pun! Hahahaha...


Antara binatang yang ada. Walaupun namanya bird park, tapi bukan burung jer ada. Binatang lain pun ada jugak.


Kiki conquer Wa. Takde chan la org lain nak manja2 ngan Wa. Kahkahkahkah...Pantang Wanya ilang memekik panggil! Riuh-rendah rombongan Hjh Zainab ni.


Penat exercise jln kaki kat sini. Yang tak tahannya, semerbak bau tahi burung! Tahankan aje lah.


Keluar dari tmpt ni masing2 kehausan! Panas. Singgah kedai beli air aiskrim bagai basahkan tekak sebelum balik.


Dan tak lupa jugak amek gambar beramai-ramai ;). Bukan senang nak kumpulkan semua family. Ni pun ada jugak terkurang satu!


Wa melayan kerenah cucu-cucu. Lepas ni terus balik umah.Rehat. Masing2 kepenatan!

Satu kekurangan bird park ni, parking limited!

2 comments: